Darah manusia terdiri daripada rhesus positive (+ve) dan rhesus negatif (-ve). Masalah akan timbul seandainya ibu menpunyai rhesus negatif, dan pasangan mempunyai rhesus positif. Walaubagaimanapun, masalah ini tidak timbul seandainya si ibu mempunyai rhesus positif.
Jadi seandainya anda seorang wanita yang mempunyai rhesus negatif dan pasangan ber-rhesus positif, akan wujud kemungkinan mempunyai anak ber-rhesus berlawanan iaitu rhesus positif. Rhesus hanya boleh dikenal pasti sehingga kelahiran, tetapi masalah yang mungkin timbul seandainya darah fetus memasuki dan mencemari sistem badan ibu semasa proses kelahiran ataupun mengandung. Seandainya masalah ini tidak diatasi, sistem tubuh ibu akan menghasilkan antibodi yang bertindak menyerang 'bendasing' yang tidak dikenali tubuh, yang akan menyebabkan anemia dan yang paling bahaya, boleh menyebabkan kematian fetus. Ini bermaksud, pada kandungan rhesus positif pada masa yang akan datang, antibodi ibu akan terus menyerang sel darah fetus, kerana telah terbentuknya antibodi.
Mau taw lagi?? tgok cni:
http://www.bellybelly.com.au/articles/pregnancy/rhesus-negative-pregnancy
Rezeki Tahun Baru
12 years ago
4 comments on "RhESus &PreGnAnCY"
Ibu Rh-ve tidak membahayakan anak pd kelahiran pertama kerana pada masa itu Antibodi masih belom terbentuk, semasa delivery anak pertama, berlaku percampuran darah ibu n bayi (Rh+ve) (bukan fetus), sistem imun ibu akan mempunyai sel memory berkaitan Rh +ve tersebut, dan akan melawannya jika bertemu sekali lagi. Walaubagaimanapon, jika seseorang pompuan belom mengandung, tetapi dgn tak sengaja terdedah pd darah Rh+ve seperti semasa blood transfussion, antibodi terhdp Rh+ve juga terbentuk n disimpan oleh sel memori utk dihasilkan kemudian jika bertemu Rh+ve itu semula, maka kelahiran pd kali pertama adalah berisiko utk berlaku kematian bayi. Pada masa kini, masalah Rh telah dpt diatasi dgn suntikan RhoGAM iaitu antibodi tiruan utk menghalang sel memori dlm bdn ibu Rh-ve terbentuk, maka jika berlaku percampuran darah ibu Rh-ve dgn anak Rh+ve, sistem imun ibu tidak menghasilkan antibodi, sebaliknya antibodi tiruan td yg bertindak, maka tiada lah sel memori utk antibodi tersebut. risiko utk kelahiran kali ke 2 dpt dielak, jika mengandung kali kedua...suntikan RhoGAM boleh dilakukan lagi utk tujuan di atas. sekian....
wow..thanks for the additional info :)
xde hal punye, juz nak betulkan keadaan je..kang ade plak pompuan Rh-ve sedey baca artikel awk ni...kesian lah kat dorg kan...
huhuhu..betul2..
Post a Comment