Wednesday, May 12, 2010

diS is FaR MoRe uGlieR tHAn aPaRTheiD

Posted by fazza at 7:31 AM
Situasi 1
XY: Faza, ko org mane?
FZ: aku org kuala pilah.
XY: Ohh...(muke trus berubah). Org nogori rupe-rupenye. Baru nak ngorat...
FZ: Erm? nape ngan orng N9?
XY: Sbb xpenah terpikir pun nk ade awek org n9. Adat negeri tu. kan susah. Pastu pempuan n9 material.
FZ: Erk!! mcm la org n9 nak same kamu. Adoi. sile bercakap sama tangan.

Situasi 2
XX: Awek ko org mane?
bf FZ: Org n9.
XX: Nape x pilih orng negeri *^%$$ gak? nape pilih orng n9?

Situasi 3
XX: fz, bf ko rg mane?
FZ: dia orng *^%$$.
XX: pergh..bukan orang negri *^%$$ xsuke org n9 ke?
FZ: Erm?? tu bukan sebab bola sepak ke?
XX: (terdiam trus..)

Actually da byk kali situasi diatas berlaku. dunno why, and daku terpanggil untuk membicarakan isu ini, bukanlah kerana merase kerugian kerana tidak dingorat, tapi sebagai anak negeri sembilan, rase agak terkilan kerana terdapat persepsi negatif yang sedemikian rupa. Walaupun daku adalah orng negeri yang tak fasih berloghat, n kadang-kadang tak paham ape yang orang-orang tua bicarakan, tapi sy masih terase hati bile situasi tersebut terjadi. Oleh itu, saya akan cuba mengupas isu ini dengan lebih mendalam dan berhemah ye, supaya xtimbul isu laen pulak kelak (perghh..daku sgt berhemah dan formal hari ni).

Ok..pasal isu material and adat negeri sembilan. kepada pihak yang tak tahu, jgn ckp ikut sedap mulut aje k.. Tak tahu, sila lah bertanya. Jangan lah sempit kan pemikiran anda dengan mendengar cakap-cakap orang sahaje.

Memang betul adat perpatih mengangkat martabat wanita. Kelebihan ada pada wanita. Wanita dikatakan boleh mewariskan keturunan dengan membawa nama suku. (Notes that: orang negeri sembilan ade suku2 tertentu.. dan suku anak ditentukan berdasarkan suku ibu). Selain boleh mewariskan keturunan, wanita juga diberi kelebihan dalam pembahagian HARTA PUSAKA. ulangan, HARTA PUSAKA. bukan HARTA SEPENCARIAN suami isteri. Harta pusaka akan dibahagikan mengikut adat manakala harta sepencarian akan dibahagikan mengikut undang-undang sedia ada (seperti negeri-negeri laen jugak).

So, andaikata seorang daripada negri laen berkawen ngan gadis n9, dan kemudian bercerai...prosedurnye same je macam yang ditentukan dalam syariah. yang lelaki haruslah bagi nafkah kat anak2 and isteri. Sbb tade kaitan ngan harta pusaka kat cni. Ikut undang2 Islam la. haa..gtu.

And then, beberapa bulan lepas ade mendengar ceramah pasal adat n9 ni, menurut penceramah tersebut, (can't recall his name), langsung takde dalam adat yang mengatakan kalo bercerai, isteri dapat semua harta sepencarian seperti rumah, kereta....etc. Adoi, kite kan sekarang ade undang2 Islam, kalo benda mcm tu terjadi, sile tuntut hak anda di mahkamah lah.

***Kalo ade ape2 info yang salah mengenai adat perpatih ni, sila betulkan aku. Thanks.

n then dalam situasi kedua dan ke3, kalau dah jodoh tak kemana. lagipun ade aku kesah korang nak kate ape. tolonglah jgan sempitkan pemikiran. Aiyyo!

Situasi 4
XX: uik, ko keje ape skrg?
FZ: keje biase2 je. jadi lecturer kat cheras.
XX: Pergh..lecturer tu. Xnak r kawan ngan ko.
FZ: uiks..nape pule?
XX: sbb ko lecturer la..
FZ: Nape? hina sgt ke keje aku smpai ko xmo kawan? aku bukan keje pelacur pun.

Yang situasi yang kedua ni, aku mls nak cakaplah. Org keje halalan toyyiba' pun xnak kawan. Ko jeles sbb tu xnak kawan ngan aku? Ape daa...Xnak kawan sudah.. Your loss.

0 comments on "diS is FaR MoRe uGlieR tHAn aPaRTheiD"

 

faza's pocket Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal