Sunday, July 3, 2011

blog baru...

Posted by fazza at 10:16 PM 1 comments
wa ade blog baru..hehe. gedik je nk byk2 blog tp malas nk hapdate. gr tgok.. :P

http://cekgufarhana.blogspot.com/

Saturday, May 28, 2011

Cincin...

Posted by fazza at 11:20 PM 0 comments
Erm..post kali ni nak stosy sket pasal cincin. cincin utk lelaki.
lelaki muslim, diharamkan memakai emas.

SOALAN: oh.so emas xboleh pakai. pakai la suasa.
(erm..soalan ke tu?.huhu)

JAWAPAN: sebenarnye ni nk btaw ni...suasa pun sebnarnye adalah campuran perak+emas. oleh sebab kandungan emas lebih bnyak dlm emas, maka ia dihukumkan emas dan dilarang dipakai oleh lelaki. (hukum2 ni wa xletak k..wajuge xreti..cni tgok). MAnakala, pemakaian cincin perak adalah sunnah bagi lelaki. ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat.

SOALAN : emas putih??? laki boleh pakai?
JAWAPAN: Emas putih sbnarnye adalah emas yg dah dilunturkan. so xboley k. xboleh.

KESIMPULAN: lelaki muslim anda pakai cincin perak/platinum je taw.

cantek gile cincin ni. simple je tp stylo. sesuai untuk laki sejati..kehkeh
pergh..yg ni lg cun. lord of the ring beb.


Sunday, May 22, 2011

jujurlah padaku

Posted by fazza at 1:45 PM 0 comments
Ini adalah post yang SERIUS. Sila baca dengan penuh emosi dan kening berkerut.

Post ini ditujukan kepada mereka yang menganggap, tipu/ tipu sunat/ atau yang sewaktu dengannya itu tak apa. Sebelum tu, baca dulu hadis tentang ciri-ciri orang munafik ni (.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.(Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad


Sejauh manakah anda percaya dengan orang yang berada disekitar anda? Sejauh manakah orang yang paling rapat dengan kita boleh dipercayai? Jujurkah mereka dengan anda? Atau..jujurkah mereka dengan anda? Aku tak tahu orang lain. Tapi aku tak suka orang yang tak jujur. There's no such things as white lies. Tipu sunat? ape kejadah tuh. akan tetap jadik penipu jugak. Tolonglah jangan memperjudikan kepercayaan orang lain dengan menipu. walaupun terhadap benda yang remeh. (oh.~) . "Laa..bukan niat nak tipu pun..aku takut dia kecik ati." Yang ni tipu sebab nak jaga hati orang/takot kantoi etc. Kalau orang tu tahu kau menipu, dia jadi suka hati sampai melompat2 ke? Niat nak jaga hati orang lain tu memang baik, tapi kau pikirlah sendiri, ade ke hubungan yang berjaya dengan dengan menipu. ade ke orang yang akan percaya kau lagi lepas ni. Kecik tak hati member tu kalo tau kau ni bermuka2, bertalam-talam, cakap belit-belit.

~aku susah nak percaya orang. tapi kalo orang yang aku percaya tak jujur/hipokrit, aku dah tak boleh percaya kau lagi dah. sori.
~ade dua kategori manusia yang paling aku tak suka.
1. Manusia yang tak jujur/hipokrit~payah sangat ke nak berterus-terang?
2. Manusia yang tak boeh menepati janji. Sila jangan buat janji palsu dengan aku.

semoga aku terhindar daripada dua golongan manusia ini.


Saturday, April 2, 2011

Tunang

Posted by fazza at 12:00 PM 0 comments
Gmbr atas: agak gedik la kan,..haha..


gmbar atas: Uuu...tersiput-siput..~~~


gmbr atas: yg ni sume candid, but nice

gmbr atas: ngan family :*

gmbar ats: beliau..auww~~


p/s-saje2 nk share gmbr. kalo nyampah sile tutup cpat2 k..hehe

Sunday, February 20, 2011

tragedi di pagi sabtu

Posted by fazza at 12:29 AM 0 comments
Td sy ondaway g skolah. biaselah..skolah xjauh pun. 5-10 minit leh sampai kalo kete xbyk. ok..sesampainye sy disimpang, mase nk membelok ke laluan ke skolah tu...sy nmpak ade sebelah slipar croc kale hitam kat atas jalan tu....
Pastu sy ushar2 la jalan tu..nmpak cam ade kesan kaler coklat kemerah-merahan n serpihan2 bnda asing gtu atas jalan.

Hoh..tetibe sy jd semakin cuak. erm...darah ke tuh?
heh..tp kalo darah eksiden, biasenye bomba akan siram ngan air.
Ok2..sy haruslah positif. Tarik nafas...hembus..relaks2...
mungkin itu kesan tumpahan air milo.
Tp bnyak benda tu...pergh..
Mula terfikir kalo darah mesti org tuh da cedera parah.
Pastu mesti roh dia xtenteram sbb kereta sy sdang bergerak di atas tempat kejadian.
Tayar bergerak di atas darah.
isk.
(hurm..imaginasi da mcm cite puaka jalan plak dah)


then tgah khayal2 tu wa ntah cmne tah sy terlanggar divider...ala..benda yg xbergerak kat tepi jalan tu.
Dumm!..gtu.
hoh..tension rasenye sy...
pasal jalan besar..keta xde...
yang sy pegi hentam divider tuh wat pe.

okeh..tu jela yg sy nk cite.
kesimpulannya..
jangan berangan semasa sedang memandu.
dan
sesungguhnya melanggar divider boleh menyebabkan sportrim anda kemek.

-sekian-

ini ialah imej ferrari yg dirembat drp encik abang.
"kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah"~
 

faza's pocket Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal